“Art & Craft” Sempena Tahun Baru Cina
23 Januari 2017| Aktiviti Terkini
Pada hari Ahad 22 Januari 2017 yang lalu, Pi1M Pasoh 3 telah mengadakan kelas “art & craft” dengan anak-anak peneroka Felda Pasoh 3. Kelas ini telah dihadiri oleh 14 orang pelajar. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 petang.
Kelas yang berlangsung di ruang legar Pusat Internet 1Malaysia Felda Pasoh 3 ini, ialah bertujuan untuk memupuk semangat generasi kini mengenali budaya dan adat kaum yang terdapat dalam negara kita iaitu Malaysia. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang kreatif dalam berkarya. Kelas ini telah berakhir dengan sesi bergambar para pelajar bersama-sama karya mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: