Peperiksaan CATs

10 Jun 2018| Aktiviti Terkini

Peperiksaan CATs ini telah diadakan pada hari Sabtu 9 Jun 2018. Peperiksaan ini telah diduduki oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Peperiksaan ini telah dijalankan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Peperiksaan ini telah diadakan di Bilik Latihan di Pusat Internet Felda pasoh 3. Peperiksaan ini ialah bagi para peserta yang telah selesai menyiapkan 30 set latihan dalam program CATs yang lalu. Program CATs ialah program kolaborasi dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak yang bertujuan untuk membantu penduduk setempat untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali