D.I.Y Kraf Bunga Kebangsaan

12 Ogos 2018| Aktiviti Terkini

D.I.Y Kraf Bunga Kebangsaan ini telah diadakan pada hari Sabtu 11 Ogos 2018. Aktiviti ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 11 hingga 14 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 4.00 petang.

Aktiviti ini telah diadakan di Ruang Utama Pusat Internet Felda pasoh 3. Pengisian bagi aktiviti ini ialah para peserta telah diajar untuk membuat bunga kebangsaan iaitu bunga raya menggunakan kertas warna. Aktiviti yang dijalankan ini ialah berpandukan video di Youtube. Bunga yang telah siap di gunting dijadikan sebagai hiasan di Pusat Internet sempena bulan kemerdekaan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali