Gotong Royong Pusat Internet Felda Pasoh 3

02 September 2018| Aktiviti Terkini

Aktiviti Gotong Royong ini telah diadakan pada hari Sabtu 1 September 2018. Aktiviti ini telah disertai oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 hingga 16 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Aktiviti ini telah diadakan di kawasan sekitar Pusat Internet Felda pasoh 3. Aktiviti ini bertujuan untuk membersih dan menghias kawasan sekeliling Pusat Internet sebagai persiapan untuk program Hari Bersama Komuniti yang akan diadakan pada 8 September nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali