Kelas Hafazan Interaktif Siri 4

04 Jun 2018| Aktiviti Terkini

Kelas Hafazan Interaktif Siri 4 ini telah diadakan pada hari Ahad 3 Jun 2018. Kelas ini telah disertai oleh seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 11 hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 4.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Pengisian bagi kelas ini ialah sambungan hafazan surah AnNaba’ dari ayat 11 hingga ke ayat 13. Pada kelas kali ini, para peserta telah berjaya menghafaz 13 ayat daripada surah AnNaba’. Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk memperbaiki bacaan Quran dalam kalangan peserta disamping memberi galakkan kepada para peserta untuk mencintai Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali