Kelas Hafazan Interaktif Siri 5

11 Jun 2018| Aktiviti Terkini

Kelas Hafazan Interaktif Siri 5 ini telah diadakan pada hari Ahad 10 Jun 2018. Kelas ini telah disertai oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 11 hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 4.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Kelas ini merupakan kesinambungan bagi kelas hafazan siri 4 yang lalu. Pada kelas kali ini, para peserta telah diberikan tugasan untuk membuat pengulangan ayat 1 hingga 13 dan telah diajarkan ayat baru iaitu ayat 14 dan 15. Konsep hafazan yang diadakan ini ialah menghafaz surah dengan menggunakan kaedah hafazan mengikut nombor ayat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali