Aktiviti Klik Dengan Bijak

19 Ogos 2018| Aktiviti Terkini

Aktiviti Klik dengan Bijak ini telah diadakan pada hari Sabtu 18 Ogos 2018. Aktiviti ini telah disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 14 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 4.00 petang.

Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda pasoh 3. Topik yang telah dipilih bagi aktiviti ini ialah (Online Grooming). Para peserta telah diingatkan supaya sentiasa berwaspada semasa menggunakan media social agar tidak mudah terpedaya dengan orang yang tidak dikenali sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan ahli keluarga. Para peserta juga telah diberikan tips untuk menangani gejala tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali