Kelas Matematik

19 Ogos 2018| Aktiviti Terkini

Kelas Matematik ini telah diadakan pada hari Sabtu 18 Ogos 2018. Kelasi ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.15 pagi hingga pukul 12.15 tengah hari. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda pasoh 3.

Pengisian bagi kelas ini ialah para peserta telah diajar untuk membuat menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan matematik dengan teknik yang mudah. Selain itu juga, para peserta telah diajar teknik hafalan sifir dengan teknik yang cepat dan senang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali