Kelas Matematik (Bahagi)

20 Ogos 2018| Aktiviti Terkini

Kelas Matematik ( Bahagi) ini telah diadakan pada hari Ahad 19 Ogos 2018. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.15 pagi hingga pukul 12.15 tengahari.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda pasoh 3. Topik bagi kelas kali ini ialah para peserta telah diajar teknik mudah untuk menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan operasi bahagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali