Kelas Matematik (Operasi Bergabung)

30 Ogos 2018| Aktiviti Terkini

Kelas Matematik (Operasi Bergabung) ini telah diadakan pada hari Rabu 29 Ogos 2018. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda pasoh 3. Pengisian bagi kelas pada kali ini ialah para telah diajar teknik mudah dan pantas bagi menyelesaikan soalan-soalan matematik yang melibatkan operasi bergabung agar tidak mudah tertipu dengan soalan yang dikemukakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali