Kelas Matematik (Pecahan) Siri 2

23 September 2018| Aktiviti Terkini

Kelas Matematik (Pecahan) ini telah diadakan pada hari Sabtu 22 September 2018. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda pasoh 3.

Pengisian bagi kelas pada kali ini ialah para peserta telah diberi tips dan diajar untuk menyelesaikan masalah pecahan. Kelas ini juga merupakan kesinambungan bagi kelas pecahan siri 1 yang lalu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali