Kelas Pengenalan Asas Komputer & Microsoft Word

22 April 2018| Aktiviti Terkini

Kelas Pengenalan Asas Komputer & Microsoft Word ini telah diadakan pada hari Sabtu 21 April 2018. Kelas ini telah disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Felda Pasoh 3. Antara pengisian bagi kelas ini ialah cara untuk buka computer, pengenalan kepada peralatan komputer merangkumi penggunaan tetikus dan papan kekunci. Para peserta juga telah diajar mengenai cara untuk copy, paste dan buat folder. Selain itu, para peserta telah diajar cara untuk menyimpan fail daripada internet ke dalam komputer dan memindahkan dokumen ke dalam pendrive.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali