Aktiviti Kolaj Merdeka Siri 1

07 Ogos 2018| Aktiviti Terkini

Aktiviti Kolaj Merdeka Siri 1 ini telah diadakan pada hari Isnin 6 Ogos 2018. Aktiviti ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang berumur 11 hingga 17 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 6.00 petang.

Aktiviti ini telah diadakan di Ruang Utama Pusat Internet Felda pasoh 3. Pengisian bagi aktiviti ini ialah para peserta telah disediakan kertas warna,gam, gunting dan gambar bendera. Para peserta perlu memotong kertas warna dan menampal kertas warna tersebut di atas kertas bendera yang telah disediakan. Objektif bagi aktiviti ini ialah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang simbolik bagi setiap warna yang terdapat pada bendera Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali