Aktiviti Permainan Minda

03 September 2018| Aktiviti Terkini

Aktiviti Permainan Minda ini telah diadakan pada hari Ahad 2 September 2018. Aktiviti ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 hingga 14 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 7 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.

Aktiviti ini telah diadakan di Ruang Utama Pusat Internet Felda pasoh 3. Pelbagai aktiviti permainan yang telah dijalankan antaranya ialah aktiviti dam ular dan chess. Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah minda para peserta untuk lebih kreatif menyusun strategi bagi menyelesaikan sesuatu misi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali