Aktiviti Permainan Minda Siri 2

30 September 2018| Aktiviti Terkini

Aktiviti Permainan Minda Siri 2 ini telah diadakan pada hari Sabtu 29 September 2018. Aktiviti ini telah disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 13 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 3 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.30 tengahari.

Aktiviti ini telah diadakan di Ruang Utama Pusat Internet Felda pasoh 3. Aktiviti ini berkonsepkan pertandingan. Para peserta diberikan giliran untuk bermain, peserta yang berjaya menyelesaikan misi yang telah diberikan,dinobatkan sebagai juara. Permainan ini bukan sahaja sesuai untuk mengisi masa lapang malah permainan ini merupakan satu aktiviti yang boleh mengasah minda para peserta untuk lebih kreatif dan berfikiran luar kotak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali