Booth Advokasi di Program Kerjaya Kem PLKN De Bana

16 April 2018| Aktiviti Terkini

Booth Advokasi di Program Kerjaya Kem PLKN De Bana ini telah diadakan pada hari Ahad 15 April 2018. Program ini telah disertai oleh seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, Jurulatih dan Pelatih PLKN. Program ini telah diadakan selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Booth Advokasi ini telah diadakan di dewan, Kem PLKN De Bana . Pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya ialah sesi pengenalan Pusat Internet dan fungsi-fungsinya kepada para pengunjung. Selain itu juga telah diadakan sesi pengenalan bagi memperkenalkan Portal SEBENARNYA.MY yang merupakan salah satu inisiatif MCMC yang telah ditubuhkan bagi merungkai segala isu yang tular di Negara kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali