TIED – Co Designing With Children Workshop

01 Julai 2018| Aktiviti Terkini

Bengkel TIED Co designing with children workshop ini telah diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu 29 dan 30 Jun 2018. Bengkel ini telah disertai oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Wilayah tengah iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menambah kemahiran para pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet untuk lebih kreatif dan dan cemerlang semasa berurusan dengan pengguna kanak-kanak di Pusat Internet masing-masing. Pengisian bengkel ini ialah berkaitan dengan pengenalan software Scratch dan QR code aktiviti untuk menarik lagi minat para pengguna untuk sertai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali