Program eRezeki

21 April 2018| Aktiviti Terkini

Program eRezeki ini telah diadakan pada hari Jumaat 20 April 2018. Program ini telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada dewasa yang berumur 25 hingga 42 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 petang. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Felda Pasoh 3.

Program ini merupakan program kerjasama dengan Pusat Internet Desa Bandar Seri Jempol yang merupakan ejen rasmi MDEC untuk memberi tunjuk ajar mengenai teknik menjana pendapatan melalui program eRezeki yang dianjurkan oleh pihak MDEC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali