Kelas Animasi Scratch Siri 1

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Animasi Scratch Siri 1 ini telah diadakan pada hari Ahad 25 Ogos 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia dari 11 hingga 16 tahun. Kelas ini diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 6.00 petang. Kelas ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Pengisian bagi Scratch Siri 1 ini ialah sesi pengenalan perisian Scratch kepada para peserta iaitu dari segi fungsi yang terdapat dalam perisian dan teknik asas untuk menggerakkan sprite atas pentas. Bagi kelas ini juga, para peserta telah diajar cara untuk memasukkan bunyi bagi setiap sprite yang telah dipilih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali