Peperiksaan CATs Fasa 2 Siri 1

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Peperiksaan CATs Fasa 2 Siri 1 ini telah diadakan pada hari Jumaat, 18 Januari 2019. Peperiksaan ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 11 tahun hingga 13 tahun. Peperiksaan ini telah diadakan selama 1 jam 15 minit iaitu bermula pada pukul 2.45 petang hingga pukul 4.00 petang.

Peperiksaan ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Peperiksaan ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap pemahaman dan penguasaan para peserta bagi subjek Bahasa Inggeris setelah menyelesaikan 8 unit utama dalam sesi latihan yang lalu. Para peserta akan dikurniakan sijil penghargaan pada program bersama Pusat Internet kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali