ekelas Maxis (Bahasa Inggeris) Penggal 1 Siri 1

16 February 2019 | Aktiviti Terkini

ekelas Maxis (Bahasa Inggeris) Penggal 1 Siri 1 ini telah diadakan pada hari Jumaat 15 Februari 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6, Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 yang berumur 12 tahun hingga 15 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Topik bagi subjek Bahasa Inggeris pada hari ini ialah para peserta mempelajari tentang antonasi suara dengan menggunakan ayat Tanya. Aktiviti bagi kelas ini ialah para peserta diberi tugasan untuk mempraktikkan nada dan ton yang telah diajar oleh cikgu semasa Live Tutorial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali