eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Penggal 1 Siri 5

16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Penggal 1 Siri 5 ini telah diadakan pada hari Jumaat 15 Mac 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6 hingga tingkatan 3 yang berumur 12 hingga 15 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Aktiviti bagi kelas pada hari ini ialah para peserta telah diberikan set soalan yang mempunyai beberapa bahagian yang perlu dijawab. Aktiviti ini merupakan penilaian terhadap para peserta yang telah mengikuti eKelas Maxis dalam tempoh 2 bulan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali