eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 1

17 February 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 1 ini telah diadakan pada hari Sabtu 16 Februari 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6 dan tingkatan 3 yang berumur 12 dan 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam 40 minit iaitu bermula pada pukul 10.20 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Topik bagi subjek Matematik tahun 6 ialah mengenai Nombor Perdana dan para peserta telah membuat aktiviti lukisan bilik Sains idaman yang seandainya para peserta menjadi seorang saintis. Manakala bagi subjek matematik tingkatan 1, para pelajar mempelajari topik Operasi Asas Aritmetik yang melibatkan integer. Bagi subjek Sains pula para pelajar membuat aktiviti lukisan Makmal Sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali