eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 3

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 3 ini telah diadakan pada hari Sabtu 2 Mac 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6 dan tingkatan 3 yang berumur 12 dan 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 5 jam 20 minit iaitu bermula pada pukul 10.40 pagi hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Topik bagi Matematik bagi tahun 6 ialah berkaitan dengan tajuk Perpuluhan manakala bagi subjek Sains ialah berkaitan dengan kemahiran proses Sains. Matematik Tingkatan 1 ialah berkaitan dengan Faktor-faktor perdana dan sepunya terbesar. Bagi Subjek Sains Tingkatan 1 pada kali ini ialah mengenai Struktur Fungsi dan Organisasi Sel. Bagi Matematik Tingkatan 3, para pelajar telah belajar tentang Perimeter dan luas manakala bagi subjek Sains, para pelajar telah belajar tentang tajuk Termokimia iaitu tindak balas Endotermik dan Eksotermik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali