eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 4

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 4 ini telah diadakan pada hari Sabtu 9 Mac 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6 hingga tingkatan 3 yang berumur 12 hingga 15 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 5 jam 20 minit iaitu bermula pada pukul 10.20 pagi hingga pukul 4.40 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Topik bagi Matematik bagi tahun 6 ialah berkaitan dengan tajuk Peratus manakala bagi subjek Sains ialah berkaitan dengan Daya Gerakan. Matematik Tingkatan 1 ialah berkaitan dengan gandaan sepunya dan gandaan sepunya terkecil. Bagi Subjek Sains Tingkatan 1 pada kali ini ialah mengenai Tiga Keadaan Jirim. Bagi Matematik Tingkatan 3, para pelajar telah belajar tentang Bulatan manakala bagi subjek Sains, para pelajar telah belajar tentang Rangsangan dan Gerak Balas (Had Deria Penglihatan).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali