Aktiviti Teknik Lukisan Mudah

25 February 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Teknik Lukisan Mudah ini telah diadakan pada hari Ahad 24 Februari 2019. Aktiviti ini telah disertai oleh peserta yang berusia dari 9 tahun hingga 14 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 petang. Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Pengisian bagi aktiviti pada kali ini ialah para peserta telah diajar tentang melukis binatang hanya dengan menggunakan jari sahaja. Terdapat 8 jenis binatang yang telah dilukis dengan menggunakan teknik yang telah diajar. Para peserta telah diberikan alatan dan semua para peserta perlu menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan dalam tempoh yang diberikan. Peserta yang berjaya menghasilkan hasil lukisan yang tercantik, diberikan hadiah sebagai ganjaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali