Program Ihya’ Ramadhan (Eksplorasi Quran)

21 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Program Ihya’ Ramadhan (Eksplorasi Quran) ini telah diadakan pada hari Isnin 20 Mei 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berumur 10 hingga 14 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 petang. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali Al-Quran dengan lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti permainan yang disediakan. Para peserta yang berjaya mendapatkan mata yang tertinggi akan diberikan hadiah sebagai ganjaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali