Program Wanita Celik IT (Kelas Microsoft Excel Siri 1)

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program Wanita Celik IT (Kelas Microsoft Excel Siri 1) ini telah diadakan pada hari Jumaat, 5 April 2019. Program ini telah disertai oleh wanita dewasa yang berusia 28 tahun hingga 49 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Pengisian bagi kelas ini ialah para peserta telah diajar untuk membuat aliran tunai perniagaan masing-masing. Bagi memastikan segala urusa perniagan direkodkan dengan betul bagi memastikan perniagaan yang dijalankan tidak mengalami kerugian. Para peserta telah diajar kiraan dengan menggunakan formula-formula asas bagi Microsoft Excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali