Program Wanita Celik IT (Fotografi Siri 2)

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Program Wanita Celik IT (Fotografi Siri 2) ini telah diadakan pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019. Program ini telah disertai oleh wanita dewasa yang berusia 28 tahun hingga 29 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 12.30 tengahari. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Kelas yang telah diadakan ini merupakan kesinambungan kepada kelas Fotografi Siri 1 yang lalu. Pengisian bagi kelas ini ialah aktiviti memasukkan tulisan dan warna ke dalam stiker produk masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali