Fun Day @ PI Pasoh 3 – Kelas Microsoft Word (Tagging Buku)

30 November 2019 | Aktiviti Terkini

Fun Day @ PI Pasoh 3 – Kelas Microsoft Word (Tagging Buku) ini telah diadakan pada hari Jumaat 29 November 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang penanda buku bagi matapelajaran di sekolah. Para peserta perlu menaip semua matapelajaran masing-masing di dalam Microsoft word. Selepas selesai, tagging ini perlu dicetak dan sedia untuk ditampal di bucu setiap buku latihan untuk memudahkan pencarian semasa menyusun jadual waktu untuk ke sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali