Fun Day @ PI Pasoh 3 – Drama Spontan (Hidayah Sentiasa Ada)

10 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Fun Day @ PI Pasoh 3 – Drama Spontan (Hidayah Sentiasa Ada) ini telah diadakan pada hari Isnin 9 Disember 2019. Aktiviti ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 6 tahun hingga 14 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 2 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.30 petang. Aktiviti ini telah dijalankan di Pusat Internet Felda Pasoh 3 dan kawasan sekitar.

Aktiviti ini diadakan untuk mencungkil bakat para peserta dalam bidang lakonan. Lakonan yang diadakan ini merupakan idea asal daripada para peserta petugas PI membantu dari segi teknikal bagi memastikan jalan cerita yang ingin dihasilkan menepati citarasa. Selain itu, skrip dan juga gaya dalam aktiviti lakonan ini juga spontan daripada para peserta sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali