Program Ihya’ Ramadhan (Hafazan Interaktif)

13 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Program Ihya’ Ramadhan (Hafazan Interaktif) ini telah diadakan pada hari Ahad 12 Mei 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 4.00 petang. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Program ini diadakan sempena Bulan Ramadhan yang mulia sebagai satu galakkan kepada para peserta untuk minat membaca dan menghafal ayat suci Al-Quran. Bagi kategori kanak-kanak ini para peserta perlu menghafaz Surah Al-a’la dari ayat 1 hingga ayat 19 dengan menggunakan teknik hafazan yang sangat unik dan berkesan untuk jangka masa pendek dan panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali