Program Ihya’ Ramadhan (Hafazan Interaktif Dewasa)

15 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Program Ihya’ Ramadhan (Hafazan Interaktif Dewasa) ini telah diadakan pada hari Selasa 14 Mei 2019. Program ini telah disertai oleh golongan dewasa yang berumur 50 hingga 60 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada kaum ibu untuk menghafaz ayat Al Quran menggunakan teknik yang sangat mudah dan berkesan. Program ini juga merupakan satu program galakkan kepada masyarakat untuk mencintai Al-Quran terutamanya dalam bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali