Program Ihya’ Ramadhan (Hafazan Interaktif Siri 2)

21 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Program Ihya’ Ramadhan (Hafazan Interaktif Siri 2) ini telah diadakan pada hari Isnin 20 Mei 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berumur 10 hingga 14 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 4.00 petang. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas Hafazan Interaktif Siri 1 yang lepas. Para peserta diajarkan teknik hafazan yang sangat mudah dan berkesan. Sebagai aktiviti pengukuhan, para peserta perlu bertanding untuk menghafaz Surah Al-A’la. Para peserta yang berjaya menghafaz surah dengan sempurna diberikan hadiah sebagai ganjaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali