Hebahan Ekelas Maxis

1 February 2019 | Aktiviti Terkini

Hebahan Ekelas Maxis telah diadakan pada hari Khamis, 31 Januari 2019. Hebahan ini telah diadakan untuk semua murid dan para ibu bapa dari Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3. Aktiviti ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Hebahan ini telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3.

Hebahan ini merupakan sesi pengenalan Ekelas Maxis kepada murid Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 dan para ibu bapa untuk hadir dan daftar portal Ekelas Maxis di Pusat Internet Felda Pasoh 3. Selain itu juga, sebelum mendaftar, para peserta akan diberikan taklimat terlebih dahulu untuk memudahkan para peserta menggunakan portal tersebut dengan semaksima mungkin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali