Program Orientasi eKelas Maxis

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program ICT Bersama Tabika Kemas Felda Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Jumaat, 25 Januari 2019. Program ini telah disertai oleh murid 5 dan 6 tahun dari Tabika Kemas Felda Pasoh 3 seramai 44 orang. Program ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.

Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Pengisian bagi program ini ialah mengenai huruf ABC, belajar habitat haiwan dan aktiviti mewarna menggunakan laman web ABCya.com. Para peserta sangat teruja dan mengambil bahagian dengan aktiviti yang dijalankan dengan jayanya. Disamping itu, program ini juga memberi pendedahan awal untuk para peserta belajar menggunakan computer dengan pantauan daripada petugas PI dan para guru yang telah turut hadir sepanjang program ini dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali