Program Klik dengan Bijak

18 February 2019 | Aktiviti Terkini

Program Klik dengan Bijak ini telah diadakan pada hari Ahad 17 Februari 2019. Program ini telah disertai oleh peserta yang berusia dari 11 tahun hingga 13 tahun. Program ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 4.00 petang. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat tentang maklumat palsu dan kepentingan menggunakan internet secara berhemah. Di akhir program ini telah diadakan permainan kuiz berkonsepkan roda impian sebagai satu cara untuk mengukuhkan lagi kefahaman para peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali