Kelas Keusahawanan (Kek Cheese Viral)

12 February 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan (Kek Cheese Viral) ini telah diadakan pada hari Isnin, 11 Februari 2019. Kelas ini telah disertai oleh wanita dewasa yang berusia 18 tahun hingga 45 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 6.00 petang. Kelas ini telah diadakan di Ruang Utama Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan baru kepada para peserta untuk membuat kek cheese di rumah. Disamping itu juga, para peserta diajar mengenai sukatan dan harga jualan yang boleh diguna pakai untuk aktiviti jualan bagi menjana pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali