Kelas Keusahawanan (Aiskrim Siri 2)

18 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan (Aiskrim Siri 2) ini telah diadakan pada hari Ahad 17 Mac 2019. Kelas ini telah disertai wanita dewasa yang berumur 28 hingga 55 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 6.00 petang. Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Lonek.

Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk memberi tunjuk ajar kepada suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah. Para peserta diberikan bimbingan menghasilkan Aiskrim sendiri dari segi sukatan dan harga pasaran. Selain itu juga, para peserta diberi latihan untuk membuat Aiskrim secara berkumpulan dengan menggunakan bahan yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali