Kelas Animasi Scratch Siri 2

3 September 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Animasi Scratch Siri 2 ini telah diadakan pada hari Isnin 2 September 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia dari 10 hingga 16 tahun. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Kelas ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Pengisian bagi Scratch Siri 2 ini ialah Aktiviti memasukkan dialog, menambah gerak Sprite dan menambah latar belakang atas pentas. Para peserta juga diminta untuk menghasilkan satu jalan cerita yang baru untuk setiap sprite yang telah dipilih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali