eKelas Maxis (Misi Digital 2 & 3)

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Misi Digital 2&3) ini telah diadakan pada hari Sabtu 18 Mei 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang berumur 12 hingga 14 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.30 tengahari.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Aktiviti pada minggu ini ialah aktiviti membuat hiasan rumah impian sempena Hari Perayaan Aidilfitri nanti berdasarkan lakaran idea yang telah dihasilkan di atas kertas mahjong. Bagi Misi Digital 3 pula, para peserta dikehendaki membuat esei mengenai Perayaan dengan menggunakan ruangan dalam Portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali