Booth Advokasi di Program Olek Kampung

19 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Booth Advokasi di Program Olek Kampung ini telah diadakan pada hari Ahad 18 Ogos 2019. Program ini telah disertai oleh penduduk Felda Pasoh 2. Program ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Program ini telah diadakan di Dewan Besar Felda Pasoh 2.

Pusat Internet Felda Pasoh 3 telah mendapat jemputan daripada Pihak Pusat Internet Felda Pasoh 2 untuk bekerjasama mengadakan program Advokasi di sepanjang Program Olek Kampung ini diadakan. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan di Booth Advokasi ini. Antaranya ialah sesi penerangan, edaran risalah MyTv kepada Komuniti dan Aktiviti Klik dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali