Bengkel Perniagaan Online @ Mini Digital

6 September 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel Perniagaan Online @ Mini Digital ini telah diadakan pada hari Khamis 5 September 2019. Aktiviti ini telah disertai oleh dewasa yang berusia 27 hingga 50 tahun. Bengkel ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.30 petang hingga pukul 4.30 petang.

Bengkel ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Pengisian bagi bengkel ini ialah pembelajaran tentang Facebook page, website perniagaan menggunakan instaweb, Google Ads dan Yellow Pages. Segala ilmu yang telah diajar, sangat penting untuk membantu mengembangkan lagi perniagaan para peserta secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali