Program Orientasi eKelas Maxis

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program Orientasi eKelas Maxis ini telah diadakan pada hari Jumaat, 25 Januari 2019. Program ini telah disertai oleh murid tahun 6 hingga tingkatan 5. Program ini telah diadakan selama 2 jam 40 minit iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.40 petang.

Program ini telah diadakan di Bilik Latihan dan ruang utama Pusat Internet Felda Pasoh 3. Pengisian bagi program ini ialah para peserta telah diberikan peluang untuk melayari portal sendiri dengan membuka video pembelajaran yang telah disediakan, membuat set latihan dan membuat aktiviti sebagai pengukuhan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali