Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 5

18 September 2019 | Aktiviti Terkini

Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 5 ini telah diadakan pada hari Selasa 17 September 2019. Projek ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet dengan generasi pertama di Felda Pasoh 3 yang berusia dari 50 tahun hingga 60 tahun. Projek ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Projek ini telah diadakan di tanah lapang kawasan sekitar Pusat Internet Felda Pasoh 3. Projek ini kesinambungan kepada projek tanaman siri 4 yang lalu. Aktiviti pada siri 5 ialah mengemas semula tapak tanaman untuk disemai benih tanaman yang baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali