Program ICT Bersama Literasi Felda Pasoh 3

26 February 2019 | Aktiviti Terkini

Program ICT Bersama Literasi Felda Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Isnin 25 Februari 2019. Program ini telah disertai oleh murid Literasi yang berusia 4 tahun. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Program ini dimulakan dengan sesi pengenalan warna melalui pelbagai tayangan video. Para peserta juga diajar sebutan warna dalam Bahasa Inggeris. Selepas itu, program disambung lagi dengan aktiviti mewarna dan aktiviti kolaj. Setiap aktiviti yang dijalankan dibimbing oleh guru literasi dan petugas-petugas Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali