Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 9

3 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 9 ini telah diadakan pada hari Isnin 2 Disember 2019. Projek ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet dengan generasi pertama di Felda Pasoh 3 yang berusia dari 50 tahun hingga 60 tahun. Projek ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 4.00 petang.

Projek ini telah diadakan di tanah lapang kawasan sekitar Pusat Internet Felda Pasoh 3. Aktiviti pada projek tanaman kali ini ialah sesi memasukkan tanah hitam ke dalam polybag dan susun tanaman mengikut lanskap yang sesuai. Selain itu, diadakan juga sesi menebas kawasan yang semak untuk mengelakkan tanaman terkena serangan ulat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali