Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 4

31 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 4 ini telah diadakan pada hari Jumaat 30 Ogos 2019. Projek ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet dengan generasi pertama di Felda Pasoh 3 yang berusia dari 50 tahun hingga 60 tahun. Projek ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Projek ini telah diadakan di tanah lapang kawasan sekitar Pusat Internet Felda Pasoh 3. Projek ini kesinambungan kepada projek tanaman siri 3 yang lalu. Aktiviti pada siri 4 ialah sesi menuai hasil sayur-sayuran dan mengalihkan anak-anak pokok ke tempat baru. Bagi mengeratkan hubungan sliaturrahim, di akhir aktiviti pada hari ini, telah diadakan sesi jamuan bersama para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali