Tayangan Perdana & Kuiz Sempena Bulan Kemerdekaan

17 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Tayangan Perdana & Kuiz Sempena Bulan Kemerdekaan ini telah diadakan pada hari Jumaat 16 Ogos 2019. Aktiviti ini telah disertai kanak-kanak yang berusia 6 hingga 14 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3.

Pengisian bagi aktiviti kali ini ialah sesi tayangan filem Paskal bertujuan untuk memupuk semangat para peserta cintakan Negara agar lebih berani untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh. Di akhir sesi tayangan telah diadakan sesi kuiz untuk menguji kefahaman para peserta mengenai setiap mesej yang terdapat dalam filem tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali