Program Kemerdekaan (Quizizz & Kraf)

31 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Program Kemerdekaan (Quizizz & Kraf) ini telah diadakan pada hari Sabtu 30 Ogos 2019. Aktiviti ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia dari 9 hingga 16 tahun. Aktiviti ini diadakan selama 1 jam 45 minit iaitu bermula pada pukul 4.00 petang hingga pukul 5.45 petang.

Aktiviti ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Aktiviti Quizizz diadakan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahaun para peserta tentang sejarah Negara dengan soalan-soalan berbentuk fakta manakala aktiviti kraf pula untuk membina kreativiti para peserta dengan membuat kraf riben berdasarkan warna-warna jalur gemilang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali